Wednesday 13 October 2010

~jom merokok~

     Mungkin sahaja ramai yang masih musykil tentang hukum merokok. Ada yang kata 'mungkin x dosa, sbb perkara tu ada di mana2..kalo berdosa, takkan orang merokok sesuka hati sesedap rasa je'. Tapi, cuba lihat maksiat yang dah biasa berlaku seperti membuka aurat, hukum yang dah terang lagi bersuluh pun orang anggap ringan, siap dibangga-banggakan di akhbar atau TV, apatah lagi hukum rokok yang x disebut secara langsung dalam quran [x ada ayat yang kata 'diharamkan ke atas kamu rokok dan tembakau' seperti haramnya arak]. 

zaman sekarang ni dah x kira umur, jantina, taraf hidup, masalah rokok memang kian berleluasa dan jadi budaya.kempen2 yang dijalankan pun buat perabis duit je, x de kesan langsung. iklan "JANGAN MEROKOK" mungkin kena tukar kepada "JOM MEROKOK". [sebab manusia ni selalunya, lain yang disuruh, lain yang dibuat]

Ada sabuah kisah sahabat saya [diceritakan oleh sahabat yang lain]  yang baru mencuba2 untuk menghisap rokok lantaran stress waktu musim exam midsem yang lalu. minggu pertama ok je, masuk minggu kedua, dia mengalami batuk yang melampau diikuti demam. tiba2 ada la kawan yang datang beri nasihat, supaya merokok dengan lebih giat supaya jadi lali dan adapt to the new thing. dan sekarang sahabat tersebut dah jadi 'perokok normal' =_='.. adeh.. tak tau nak cakap apa...sedih... [saya tak tahu dan tak nak tau sapa orang tu]

maka atas tujuan projek PBL (problem base learning) yang merupakan sub-subjuk anatomy and physiology, saya pun search kat internet mengenai hukum merokok yang dikeluarkan majlis fatwa kebangsaan [sebab part saya ialah islamic perspective, blakon sebagai ustazah..hihi..]

Merokok Dari Pandangan Islam

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah: 

 
Isu tabiat merokok ini timbul adalah hasil Seminar Pembasmian Tabiat Merokok anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) pada 2 November 1994 di mana telah meluluskan resolusi untuk menubuhkan badan bertindak kebangsaan bagi memerangi tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.
 
Pada masa kini jumlah perokok sama ada di negara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta juga badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada kesihatan.
 
Pihak kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok terutamanya penyakit kanser, barah paru-paru serta penyakit jantung.
 
Kajian perubatan telah dapat membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6 hingga 8 mg nikotin dan setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita menghidu 4,000 jenis bahan kimia, hamper kesemuanya boleh memudharatkan badan manusia.
 
Merokok boleh mengganggu kesihatan, menghilangkan nafsu makan, merosakkan anggota badan, melemahkan jantung, kanser, barah paru-paru, gangguan pernafasan dan merosakkan otak.
 
Hukum merokok pada pandangan Islam seperti berikut: 

(a)Sebahagian ulamak berpendapat merokok adalah harus kerana tidak sabit tentang kemudharatan atau mabuknya. Mereka juga bersandar kepada kaedah “ Asal Sesuatu Itu Adalah Harus “
 
(b)Setengah ulamak berpendapat merokok adalah makruh iaitu dikaitkan dengan bawang merah dan bawang putih di segi baunya.
 
(c)Ramai daripada ulamak berpendapat merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji.
 
(d)Nash-nash Al-Quran dan hadith seperti berikut adalah menjadi asas kepada penetapan hukum:
 

Maksud firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat: 195 " Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan "

sumber - Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia,

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

semoga pembaca dapat mengingatkan sahabat2 lain tentang hukum merokok ni. kalau sayang diri, anak2, mak bapak, kawan2, makwe, pakwe, isteri dan lain2 makhluk...benti la merokok...

p/s: daripada hisap rokok mahal2, baik lah bakar sampah kat blakang rumah, pastu sedut semua asap yang keluar dari situ dan jgn hmbus balik,kurang sikit pencemaran, dan barulah POWER..!! >_<

6 comments:

  1. kalaulah..ade sorang manusia berhenti merokok..
    kluarge,kekasih,bakal laki atau bini perokok itu,sedare mare,kawan2,ayam itik n segala jenis menatang n makhluk kt dunia ni,xlupe juga negara n bangsa..alam sekitar serta kita semua...PATUTNYA..ucapkan..TERIMA KASIH yg xterhingga kepada manusia tu!!! sape nk berhenti meroko?? cepat!!! sy nk ucap thanks! ^-^

    ReplyDelete
  2. hihi...btul lah.. bukan stakat trima kasih..bole blanja fresh oren lg.. cepat2..sapa nak ngaku dia da benti merokok??

    ReplyDelete
  3. [x dapat bayangkan naqib mazlan merokok~]

    ReplyDelete