Wednesday 13 October 2010

~jom merokok~

     Mungkin sahaja ramai yang masih musykil tentang hukum merokok. Ada yang kata 'mungkin x dosa, sbb perkara tu ada di mana2..kalo berdosa, takkan orang merokok sesuka hati sesedap rasa je'. Tapi, cuba lihat maksiat yang dah biasa berlaku seperti membuka aurat, hukum yang dah terang lagi bersuluh pun orang anggap ringan, siap dibangga-banggakan di akhbar atau TV, apatah lagi hukum rokok yang x disebut secara langsung dalam quran [x ada ayat yang kata 'diharamkan ke atas kamu rokok dan tembakau' seperti haramnya arak]. 

zaman sekarang ni dah x kira umur, jantina, taraf hidup, masalah rokok memang kian berleluasa dan jadi budaya.kempen2 yang dijalankan pun buat perabis duit je, x de kesan langsung. iklan "JANGAN MEROKOK" mungkin kena tukar kepada "JOM MEROKOK". [sebab manusia ni selalunya, lain yang disuruh, lain yang dibuat]

Ada sabuah kisah sahabat saya [diceritakan oleh sahabat yang lain]  yang baru mencuba2 untuk menghisap rokok lantaran stress waktu musim exam midsem yang lalu. minggu pertama ok je, masuk minggu kedua, dia mengalami batuk yang melampau diikuti demam. tiba2 ada la kawan yang datang beri nasihat, supaya merokok dengan lebih giat supaya jadi lali dan adapt to the new thing. dan sekarang sahabat tersebut dah jadi 'perokok normal' =_='.. adeh.. tak tau nak cakap apa...sedih... [saya tak tahu dan tak nak tau sapa orang tu]

maka atas tujuan projek PBL (problem base learning) yang merupakan sub-subjuk anatomy and physiology, saya pun search kat internet mengenai hukum merokok yang dikeluarkan majlis fatwa kebangsaan [sebab part saya ialah islamic perspective, blakon sebagai ustazah..hihi..]

Merokok Dari Pandangan Islam

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah: 

 
Isu tabiat merokok ini timbul adalah hasil Seminar Pembasmian Tabiat Merokok anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) pada 2 November 1994 di mana telah meluluskan resolusi untuk menubuhkan badan bertindak kebangsaan bagi memerangi tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.
 
Pada masa kini jumlah perokok sama ada di negara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta juga badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada kesihatan.
 
Pihak kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok terutamanya penyakit kanser, barah paru-paru serta penyakit jantung.
 
Kajian perubatan telah dapat membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6 hingga 8 mg nikotin dan setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita menghidu 4,000 jenis bahan kimia, hamper kesemuanya boleh memudharatkan badan manusia.
 
Merokok boleh mengganggu kesihatan, menghilangkan nafsu makan, merosakkan anggota badan, melemahkan jantung, kanser, barah paru-paru, gangguan pernafasan dan merosakkan otak.
 
Hukum merokok pada pandangan Islam seperti berikut: 

(a)Sebahagian ulamak berpendapat merokok adalah harus kerana tidak sabit tentang kemudharatan atau mabuknya. Mereka juga bersandar kepada kaedah “ Asal Sesuatu Itu Adalah Harus “
 
(b)Setengah ulamak berpendapat merokok adalah makruh iaitu dikaitkan dengan bawang merah dan bawang putih di segi baunya.
 
(c)Ramai daripada ulamak berpendapat merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji.
 
(d)Nash-nash Al-Quran dan hadith seperti berikut adalah menjadi asas kepada penetapan hukum:
 

Maksud firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat: 195 " Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan "

sumber - Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia,

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

semoga pembaca dapat mengingatkan sahabat2 lain tentang hukum merokok ni. kalau sayang diri, anak2, mak bapak, kawan2, makwe, pakwe, isteri dan lain2 makhluk...benti la merokok...

p/s: daripada hisap rokok mahal2, baik lah bakar sampah kat blakang rumah, pastu sedut semua asap yang keluar dari situ dan jgn hmbus balik,kurang sikit pencemaran, dan barulah POWER..!! >_<

Monday 27 September 2010

Tak Payah Tapis-Tapis...

bismillah..

"Amali, napa ko tak update2 blog diet tu? apa nama dia? amalibudak diet ea?"

dush3..free je kena tanya dgn ketua kelas dietetik 1st year petang tadi. Mana nak update nya, alwajibatu aktharu minal auqat (tanggungjawab melebihi masa yang ada). minggu lepas sibuk dengan axam, hujung minggu ada program Heal's Motivational Talk. Sekarangpun masih sangat bizi, tapi curi sedikit masa, menyahut seruan ketua kelas. huhu..

so, nak crita benda simple je, iaitu fresh orange (dapat ilham semasa minum fresh oren ptg tadi).

Oren, buah yang glamour dengan vitamin C. memang betul, oren kaya dengan Vit C. selain tu, buah oren juga kaya dengan fiber atau serat. Fiber sangat penting dalam sistem pencernaan, iaitu memudahkan penyingkiran tinja (t**i).  

bagus orang yang kupas buah di atas, sebab x buang fiber buah ni..

two thumbs up..!!

Fiber ialah sejenis karbohidrat yang tidak boleh diserap tubuh, tetapi terlalu banyak kebaikan yang tidak diketahui ramai, antaranya:

~mengurangkan risiko diabetes

~mengurangkan risiko masalah jantung

~melambatkan penyerapan gula dalam darah 

~melambatkan pergerakan makanan dalam saluran makanan (maka, kita akan rasa kenyang lebih lama, sebab itu kebanyakan produk pengurus badan menggunakan fiber sebagai bahan yg penting)

~'mencantikkan' najis (tanda bedan dalam keadaan sihat)

~mengurangkan masalah sembelit

~kurangkan risiko masalah2 berkaitan usus (ulser, kanser, dsb)

makanya, saya menyeru pembaca sekalian makan oren selalu. kalo malas nak makan buah, beli je fresh oren, sedap dan berkhasiat. tapi ingat, JANGAN BAGI MAKCIK BUAT AIR TU TAPIS, SEBAB DALAM SISA TAPISAN ITULAH SEGALA FIBER TERKANDUNG yang kale putih2 di sekitar buah oren tersebut).

contoh fresh orang, mana tau ada orang yang tak tahu... (^_^)

Ha..!! Satu  lagi,jgn gatal2 buat air oren pakai air panas, or suam, abes 'mati' Vitamin C dalam oren tu.

p/s:sedapnya fresh orange.. tapi mahal sikit la harga dia.. hm.. "kadang2, kita kena 'beli' kesihatan itu... "

Sunday 19 September 2010

~PENYAKIT ORANG KAYA-KAYA~

bismillah...

"ish kau ni selsema ke? bahaya ni. pi klinik cepat, ambil mask pecuma. kang x pasal2 ko kene selsema b**i, dengan budak2 kelas kita semua mati..!!"

[fuh, ekstremenya ayat mamat ni...]

sekitar tahun 2009, seluruh dunia gempar dengan penyakit yg dikatakan sangat bahaya ini...dah ramai orang mati sebab kene penyakit ni. Maka rata-rata pelajar mahupun pekerja bermajikan diberikan mc dan dikenakan perintah berkurung. dasyat..dasyat..

tapikan, sebanarnya, penyakit swine flu (sopan sikit bunyi) ni x de la sedasyat mana. Sebenarnya ada banyak lagi penyakit yang dah meragut baaanyak nyawa..seluruh dunia..sejak dulu lagi dan kian meningkat bilangan pesakitnya...

NON-COMMUNICABLE DISEASES (NCD)-penyakit2 yang tidak berjangkit.

Faktor Risiko NCD

~ Obesiti

~ Diebetes (kencing manis)

~ Hypertention (darah tinggi)

~ Cardio Vascular Disease (sakit jantung dan salur darah)

~ cancers (barah)

Kalau nak tahu, NON-COMMUNICABLE DISEASES ni dah wujud sejak dulu2 lagi, terutama di negara2 barat. tapi orang dulu2 x la panggil 'Diebetes' atau "Hypertention' atau nama2 saintifik lain. mereka hanya panggil 'sakit orang2 kaya'... hahaha, tergelak kami sekelas sbb nama tu agak lucu dan tak saintifik langsung.

Nama tersebut diberikan kerana kebanyakan pesakit penyakit tersebut-yang menyebabkan kematian- adalah orang2 yang kaya. NCD ni berkaitan pemakanan dan cara hidup, terutama orang2 kaya. [adakah anda orang kaya? hati2 ye.. hehe..=P]

tapi sekarang, penyakit ni bukan sahaja melanda negara dan orang2 kaya,negara2 yang tak brape nak kaya pun dah semakin teruk. dijangkakan NCD ni meningkat sebanyak 57% pada tahun 2020.

dibawah ini adalah graf yang menunjukkan kadar kematian dalam negara yang sedang membangun (yg blum brape kaya). lihat, garisan nombor 2 adalah yang paling tinggi.

Faktor2 NCD

~tabiat pemakanan yang salah

~fizikal yang tidak aktif

~berat badan berlebihan

~MEROKOK  (=_=')

 

Mari kita pergi satu persatu faktor bagi penyakit2 yang termasuk dalam NCDs  ini.

OBESITI

~apabila tenaga kita lbih, tp penggunaan tenaga kurang (mkn byk, kerja kurang)

~30% kes obesiti adalah disebabkan genetik (sesetengah pihak tidak bersetuju, kerana cara hidup dan didikan ibubapa yang bentuk anak jd mcm mereka)

~faktor terbesar adalah gaya hidup (semakin moden, org x banyak bergerak-semua mudah dan automatik, banyak mkn fastfood-sbb nak cepat)

~terlalu banyak makan makanan berlemak, manis, dan 'jajan'

~ kita sepatutnya mkn atau minum makanan yang tinggi khasiat. kalau banyak sangat minum soft drink( air gas), kita jadi kurang selera mkn dan minum (makanan yang berkhasia tseperti nasi dan susu).  ----> x bagus

~sekarang ni terlalu banyak iklan yang promot mknn yang x sihat, dan ia sgt berkesan terutama bagi kanak2. sebab itu ramai kanak2 yang mengalami masalah berat badan. (teringat saya pada kwn saya yg saaaangat besar saiz badannya meninggal dunia ketika darjah 6. dikatakan bahawa hampir setip hari beliau minum air tin bergas. )

~sejak 25 thun lalu, kadar penghidap obesiti meningkat sebnyak 40%.

~teknologi makanan+byk penghasilan=harga turun+permintaan tinggi

~teknologi moden (permotoran, lif, handphone,mesin basuh, etc..) menyebabkan 'pemendapan lemak'.

~masa lapang digunakan utk main game, tonton TV, dan melayari internet turut menyumbang pd obesiti

DIABETES MELLITUS (kencing manis)

~sejarah keluarga-biasanya penghidap mempunyai adik-bradik dan parent yg ada kencing manis juga

~Berat badan berlebihan-80% penghidap adalah overweight

~Kedudukan lemak- lemak berlebihan di bahagian abdomen

~Tidak aktif-aktiviti fizikal akan menyebabkan:

1-penggunaan gula (glukos)

2-sel sensitif pada insulin (enzim penurun level of sugar)

3-lancarkan perjalanan darah

4-bina otot (penting sbb otot perlu gula, kalo otot kurang, gula akan tinggi dlm darah

~umur- umur >45 lbih berisiko sbb dah x brapa aktif, duit banyak..so, hidup senang lenang  :P

DARAH TINGGI

~umur - perubahan saiz pembulur darah dan hormon menyebabkan tekanan darah meningkat

~sejarah keluarga - 25% jika ibu/ayah ada hypertention, 60% jika ibu&ayah sakit tersebut (tp jgn larisau sgt kalau parents anda ada, sbb anda mampu ubah, dgn amalkan gaya hidup yang sihat)

~Jantina - biasanya lelaki kena waktu pertengahan umur, perempuan pula bila umur 55thun.

~Berat badan- lbih tinggi berat badan, lg bnyak oksigen dan nutrien dipelukan, so, darah perlu dipam dengan lebih kuat

~Berat badan lebih -->degupan jantung laju --> insulin tinggi --> garam dan air banyak dlm badan 

~ makan banyak lemak --> lemak termendak kat artery (salur darah) --> artery sempit --> tekanan darah menaik.

biasa x dgr orang kata "masinnya ko masak, kene darah tinggi aku kalo mcm ni hari2..!!" mmg betul pun kata org2 tua dulu.  Sesetengah org mmg sgt sensitif pada garam, lebih ambil je, naik terus tekanan darah. Masalahnya masalah 'org sensitif garam' ni susah nak dikenalpasti, jd untuk lbih selamat, semua orang harus ambil garam sikit je dlm diet seharian (agak2 la,kalo x masin, xtau la apa rasa makanan kita)..

~Potassium- potasium yg byk ada dlm sayur dan buah sgt penting dlm penyingkiran garam berlebihan kat buah pinggang kita, so kurang risiko darah tinggi.

~alkohol pun bole naikkan tekanan darah.. sebab sebenar x dpt dikenalpasti, tp, makhluk ni mmg bole rosakkan hati, jantung, pancreas, otak dan organ lain..dan yang paling kronik ialah kerosakan AKHLAK.. =_='

(ish3..patutlah makhluk ni diharamkan dlm Islam)

~tembakau- bhn kimia dlm makhluk ni akan rosakkan salur darah dan sbbkan lemak melekat kat situ--> salur darah jd sempit

~asap rokok akan gantikan aksigen dgn carbon monokside, so jantung akan kerja kuat sgt utk supply oksigen secukupnya pd organ (kesian gila kat jantung tu...ish3..)

~Stress-kalau selalu sgt stress, salur darah, jantung dan buah pinggang cepat rosak. selain tu, biasanya, orang stress (kalo kurang iman) depa buat apa? depa akan merokok, minum arak, makan byk2, kan? btul x? ha, maka mudah la depa nak dpt darah tinggi...

~sesetangah ubat pun bahaya tau, contohnya steroids, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), nasal decongestants and other cold remedies, cyclosporine, erythropoietin, tricyclic antidepressants, monoamine oxidase inhibitors, and diet pills (terlalu saintifik dan pelik,so amalibudakdietetik terpaksa copy paste je.. hihi..)

dan ada beberapa penyakit lagi yang lbih kurang or adik bradik dgn penyakit2 kat atas, iaitu SAKIT JANTUNG dan  KANSER. tapi saya x bincangkan disini, jika ada yang berminat, bole btau saya, nant saya bagi consultation khas.. (tp bayar mahal sikit la.. hahahaha... =D) 

+x+x+x+x+x+

kesimpulan bagi penerangan yang panjang berjela diatas adalah mcm dlm gambar bawah ni.. (ceh, senang je rupenye yek..huu..)

'amali: so, mana lagi anda takut? kencing manis, darah tinggi, atau selsema b*b*?? hii.. >_<

Saturday 18 September 2010

~basic things about FooD~

bismillah...

hari ini saya akan mulakan penulisan blog saya mengenai beberapa perkara asas tentang PEMAKANAN.

kenapa kita makan makanan kita?

1- memang pilihan kita (suka)
2- habit
3- tradisi (cth: ketupat waktu raya)
4- pengaruh rakan-rakan
5- kemampuan
6- faktor positif/negatif makanan tersebut pada kita
7- perasaan masa tersebut
8- nilai maknan
9- berat badan atau keadaan tubuh
10-faktor kesihatan atau kepntingan mknn tersebut pada kita


Fakta tambahan mengenai makanan:


~Semua orang perlu nutrient (khasiat) yang sama, cuma berbeza kuantiti (ikut keadaan individu)
~Nutrient2 penting tersebut boleh didapati daripada pelbagai jenis makanan dari pelbagai cultural dan religious practice
~nutriean yang diambil perlu seimbang, jika tidak, akan menyebabkan 'inadequate'=x cukup atau 'excessive level'=terlebih dari cukup


Apa Beza Makanan dan Diet?


~ makanan ialah sesuatu yg diambil, bole diserap dalam tubuh, penting utk kehidupan, diperoleh drpd tumbuhan dan haiwan.
~ diet ialah makanan atau minuman yang biasa dimakan atau diminum :P

Kenapa Makanan Begitu Penting?

~kesihatan
~elak penyakit
~rawatan bagi penyakit
(note that 'elak' dan 'rawat' adalah lain maksud)


MULNUTRITION? Apa Tu?

~undernutrition atau overnutrition
~disebabkan beberapa faktor : x cukup makan, masalah penghadaman, masalah penyerapan nutrisi, atau terlebih makan.


pemakanan yang x betul ----> masalah kesihatan


~overweight atau obesity
~darah tinggi
~kencing manis
~masalah jantung
~kolosterol tinggi
~cancer
~penyakit salur darah(arthritis)


Enam Jenis nutrisi yang Penting Untuk Tubuh

(akan dibincang lebih mendalam dalam post-post akan datang):

1- karbohidrat
2- protein
3- lemak
4- vitamin
5- mineral
6- air

Apa Pula Kalori?

~unit untuk ukur tenaga dalam makanan
~1 kalori=tenaga yang diguna untuk naikkan 1 darjah celcius bg 1g air
~1 kilo kalori (kcal) = 1000 kalori


Vitamin v.s. Mineral


Vit dan Min bukan penyumbang tenaga,dan 2 2 penting tetapi Vit organik, Min bukan organik, Vit boleh di'pecahkan', manakala Min tidak boleh.


p/s: sebenrnya, bukan semua fakta dari internet adalah benar. Jika anda membaca atau mencari fakta mengenai apa-apa jua berkaitan pemakanan, pastikan website tersebut sah atau rasmi. sama juga seperti dalam iklan atau pendapat umum, kadangkala terdapat unsur2 gosip atau penipuan, semata-mata meraih perhatian dan kepercayaan pengguna.






Tahukah anda,Allah Ta'ala sebenarnya mengurniakan kita 1 kurniaan yang kita mungkin tidak perasan, iaitu fitrah untuk makan dan minum yang sedap-sedap...

‘O you who believe eat of the good things where with we have provided you, and render thanks to Allah if it is (indeed) He whom you worship.’ (Surah Al Baqarah: 172)


Rasulullah SAW- Dietitian Terbaik dunia..!!
[walaupun tiada degree dalam dietetik (^_^) ]

antara kata2 mutiara baginda:

~"perut adalah punca segala penyakit"

~"...if the stomach is diseased, then the blood vessels end up becoming diseased as well." (This was transmitted by Abu Nu’aim)

~"orang beriman makan dengan satu perut, orang kafir makan dengan 7 perut."
(maksudnya, orang islam sepatutnya makan sedikit atau secukupnya, manakala orang kafir selalunya makan terlalu banyak. yang dimaksudkan '7 perut' ialah sepanjang saluran makanan kita,-dari mulut hingga anus-terdapat 7 bahagian)

'amali: makanan sangat penting untuk hidup... tapi ingat, 'makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan".... :P