Sunday 19 September 2010

~PENYAKIT ORANG KAYA-KAYA~

bismillah...

"ish kau ni selsema ke? bahaya ni. pi klinik cepat, ambil mask pecuma. kang x pasal2 ko kene selsema b**i, dengan budak2 kelas kita semua mati..!!"

[fuh, ekstremenya ayat mamat ni...]

sekitar tahun 2009, seluruh dunia gempar dengan penyakit yg dikatakan sangat bahaya ini...dah ramai orang mati sebab kene penyakit ni. Maka rata-rata pelajar mahupun pekerja bermajikan diberikan mc dan dikenakan perintah berkurung. dasyat..dasyat..

tapikan, sebanarnya, penyakit swine flu (sopan sikit bunyi) ni x de la sedasyat mana. Sebenarnya ada banyak lagi penyakit yang dah meragut baaanyak nyawa..seluruh dunia..sejak dulu lagi dan kian meningkat bilangan pesakitnya...

NON-COMMUNICABLE DISEASES (NCD)-penyakit2 yang tidak berjangkit.

Faktor Risiko NCD

~ Obesiti

~ Diebetes (kencing manis)

~ Hypertention (darah tinggi)

~ Cardio Vascular Disease (sakit jantung dan salur darah)

~ cancers (barah)

Kalau nak tahu, NON-COMMUNICABLE DISEASES ni dah wujud sejak dulu2 lagi, terutama di negara2 barat. tapi orang dulu2 x la panggil 'Diebetes' atau "Hypertention' atau nama2 saintifik lain. mereka hanya panggil 'sakit orang2 kaya'... hahaha, tergelak kami sekelas sbb nama tu agak lucu dan tak saintifik langsung.

Nama tersebut diberikan kerana kebanyakan pesakit penyakit tersebut-yang menyebabkan kematian- adalah orang2 yang kaya. NCD ni berkaitan pemakanan dan cara hidup, terutama orang2 kaya. [adakah anda orang kaya? hati2 ye.. hehe..=P]

tapi sekarang, penyakit ni bukan sahaja melanda negara dan orang2 kaya,negara2 yang tak brape nak kaya pun dah semakin teruk. dijangkakan NCD ni meningkat sebanyak 57% pada tahun 2020.

dibawah ini adalah graf yang menunjukkan kadar kematian dalam negara yang sedang membangun (yg blum brape kaya). lihat, garisan nombor 2 adalah yang paling tinggi.

Faktor2 NCD

~tabiat pemakanan yang salah

~fizikal yang tidak aktif

~berat badan berlebihan

~MEROKOK  (=_=')

 

Mari kita pergi satu persatu faktor bagi penyakit2 yang termasuk dalam NCDs  ini.

OBESITI

~apabila tenaga kita lbih, tp penggunaan tenaga kurang (mkn byk, kerja kurang)

~30% kes obesiti adalah disebabkan genetik (sesetengah pihak tidak bersetuju, kerana cara hidup dan didikan ibubapa yang bentuk anak jd mcm mereka)

~faktor terbesar adalah gaya hidup (semakin moden, org x banyak bergerak-semua mudah dan automatik, banyak mkn fastfood-sbb nak cepat)

~terlalu banyak makan makanan berlemak, manis, dan 'jajan'

~ kita sepatutnya mkn atau minum makanan yang tinggi khasiat. kalau banyak sangat minum soft drink( air gas), kita jadi kurang selera mkn dan minum (makanan yang berkhasia tseperti nasi dan susu).  ----> x bagus

~sekarang ni terlalu banyak iklan yang promot mknn yang x sihat, dan ia sgt berkesan terutama bagi kanak2. sebab itu ramai kanak2 yang mengalami masalah berat badan. (teringat saya pada kwn saya yg saaaangat besar saiz badannya meninggal dunia ketika darjah 6. dikatakan bahawa hampir setip hari beliau minum air tin bergas. )

~sejak 25 thun lalu, kadar penghidap obesiti meningkat sebnyak 40%.

~teknologi makanan+byk penghasilan=harga turun+permintaan tinggi

~teknologi moden (permotoran, lif, handphone,mesin basuh, etc..) menyebabkan 'pemendapan lemak'.

~masa lapang digunakan utk main game, tonton TV, dan melayari internet turut menyumbang pd obesiti

DIABETES MELLITUS (kencing manis)

~sejarah keluarga-biasanya penghidap mempunyai adik-bradik dan parent yg ada kencing manis juga

~Berat badan berlebihan-80% penghidap adalah overweight

~Kedudukan lemak- lemak berlebihan di bahagian abdomen

~Tidak aktif-aktiviti fizikal akan menyebabkan:

1-penggunaan gula (glukos)

2-sel sensitif pada insulin (enzim penurun level of sugar)

3-lancarkan perjalanan darah

4-bina otot (penting sbb otot perlu gula, kalo otot kurang, gula akan tinggi dlm darah

~umur- umur >45 lbih berisiko sbb dah x brapa aktif, duit banyak..so, hidup senang lenang  :P

DARAH TINGGI

~umur - perubahan saiz pembulur darah dan hormon menyebabkan tekanan darah meningkat

~sejarah keluarga - 25% jika ibu/ayah ada hypertention, 60% jika ibu&ayah sakit tersebut (tp jgn larisau sgt kalau parents anda ada, sbb anda mampu ubah, dgn amalkan gaya hidup yang sihat)

~Jantina - biasanya lelaki kena waktu pertengahan umur, perempuan pula bila umur 55thun.

~Berat badan- lbih tinggi berat badan, lg bnyak oksigen dan nutrien dipelukan, so, darah perlu dipam dengan lebih kuat

~Berat badan lebih -->degupan jantung laju --> insulin tinggi --> garam dan air banyak dlm badan 

~ makan banyak lemak --> lemak termendak kat artery (salur darah) --> artery sempit --> tekanan darah menaik.

biasa x dgr orang kata "masinnya ko masak, kene darah tinggi aku kalo mcm ni hari2..!!" mmg betul pun kata org2 tua dulu.  Sesetengah org mmg sgt sensitif pada garam, lebih ambil je, naik terus tekanan darah. Masalahnya masalah 'org sensitif garam' ni susah nak dikenalpasti, jd untuk lbih selamat, semua orang harus ambil garam sikit je dlm diet seharian (agak2 la,kalo x masin, xtau la apa rasa makanan kita)..

~Potassium- potasium yg byk ada dlm sayur dan buah sgt penting dlm penyingkiran garam berlebihan kat buah pinggang kita, so kurang risiko darah tinggi.

~alkohol pun bole naikkan tekanan darah.. sebab sebenar x dpt dikenalpasti, tp, makhluk ni mmg bole rosakkan hati, jantung, pancreas, otak dan organ lain..dan yang paling kronik ialah kerosakan AKHLAK.. =_='

(ish3..patutlah makhluk ni diharamkan dlm Islam)

~tembakau- bhn kimia dlm makhluk ni akan rosakkan salur darah dan sbbkan lemak melekat kat situ--> salur darah jd sempit

~asap rokok akan gantikan aksigen dgn carbon monokside, so jantung akan kerja kuat sgt utk supply oksigen secukupnya pd organ (kesian gila kat jantung tu...ish3..)

~Stress-kalau selalu sgt stress, salur darah, jantung dan buah pinggang cepat rosak. selain tu, biasanya, orang stress (kalo kurang iman) depa buat apa? depa akan merokok, minum arak, makan byk2, kan? btul x? ha, maka mudah la depa nak dpt darah tinggi...

~sesetangah ubat pun bahaya tau, contohnya steroids, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), nasal decongestants and other cold remedies, cyclosporine, erythropoietin, tricyclic antidepressants, monoamine oxidase inhibitors, and diet pills (terlalu saintifik dan pelik,so amalibudakdietetik terpaksa copy paste je.. hihi..)

dan ada beberapa penyakit lagi yang lbih kurang or adik bradik dgn penyakit2 kat atas, iaitu SAKIT JANTUNG dan  KANSER. tapi saya x bincangkan disini, jika ada yang berminat, bole btau saya, nant saya bagi consultation khas.. (tp bayar mahal sikit la.. hahahaha... =D) 

+x+x+x+x+x+

kesimpulan bagi penerangan yang panjang berjela diatas adalah mcm dlm gambar bawah ni.. (ceh, senang je rupenye yek..huu..)

'amali: so, mana lagi anda takut? kencing manis, darah tinggi, atau selsema b*b*?? hii.. >_<

No comments:

Post a Comment