Monday 27 September 2010

Tak Payah Tapis-Tapis...

bismillah..

"Amali, napa ko tak update2 blog diet tu? apa nama dia? amalibudak diet ea?"

dush3..free je kena tanya dgn ketua kelas dietetik 1st year petang tadi. Mana nak update nya, alwajibatu aktharu minal auqat (tanggungjawab melebihi masa yang ada). minggu lepas sibuk dengan axam, hujung minggu ada program Heal's Motivational Talk. Sekarangpun masih sangat bizi, tapi curi sedikit masa, menyahut seruan ketua kelas. huhu..

so, nak crita benda simple je, iaitu fresh orange (dapat ilham semasa minum fresh oren ptg tadi).

Oren, buah yang glamour dengan vitamin C. memang betul, oren kaya dengan Vit C. selain tu, buah oren juga kaya dengan fiber atau serat. Fiber sangat penting dalam sistem pencernaan, iaitu memudahkan penyingkiran tinja (t**i).  

bagus orang yang kupas buah di atas, sebab x buang fiber buah ni..

two thumbs up..!!

Fiber ialah sejenis karbohidrat yang tidak boleh diserap tubuh, tetapi terlalu banyak kebaikan yang tidak diketahui ramai, antaranya:

~mengurangkan risiko diabetes

~mengurangkan risiko masalah jantung

~melambatkan penyerapan gula dalam darah 

~melambatkan pergerakan makanan dalam saluran makanan (maka, kita akan rasa kenyang lebih lama, sebab itu kebanyakan produk pengurus badan menggunakan fiber sebagai bahan yg penting)

~'mencantikkan' najis (tanda bedan dalam keadaan sihat)

~mengurangkan masalah sembelit

~kurangkan risiko masalah2 berkaitan usus (ulser, kanser, dsb)

makanya, saya menyeru pembaca sekalian makan oren selalu. kalo malas nak makan buah, beli je fresh oren, sedap dan berkhasiat. tapi ingat, JANGAN BAGI MAKCIK BUAT AIR TU TAPIS, SEBAB DALAM SISA TAPISAN ITULAH SEGALA FIBER TERKANDUNG yang kale putih2 di sekitar buah oren tersebut).

contoh fresh orang, mana tau ada orang yang tak tahu... (^_^)

Ha..!! Satu  lagi,jgn gatal2 buat air oren pakai air panas, or suam, abes 'mati' Vitamin C dalam oren tu.

p/s:sedapnya fresh orange.. tapi mahal sikit la harga dia.. hm.. "kadang2, kita kena 'beli' kesihatan itu... "

5 comments:

  1. hmm...bg yg ade ulcer..citrus food bleh worsen kondisi ulcer tersebut..
    hati2~

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tambah ilmu...like this...tq u!

    ReplyDelete
  3. to anon :

    ha'ah..btul2..jaga lah perut anda sblum dpt apa2 sakit, if not, anda kene jaga lbih bila dah sakit..

    to naqib :

    ais mmg x elok, kalo nak minum air or jus sejuk, just chill it in peti sejuk..

    to ftmah :

    welcome..

    ReplyDelete